18 Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) | OKT 2019

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan sebagaimana di bawah bagi memenuhi Visi dan Misi
KESEDAR.

BIL JAWATAN GRED KELAYAKAN
1 PEGAWAI TADBIR N41 IJAZAH SARJANA MUDA
2 PEGAWAI PERTANIAN G41 IJAZAH SARJANA MUDA
3 AKAUNTAN WA41 IJAZAH SARJANA MUDA
4 JURUUKUR J41 IJAZAH SARJANA MUDA
5 PENOLONG JURUUKUR JA29 DIPLOMA
6 PENOLONG JURUTERA JA29 DIPLOMA
7 PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 DIPLOMA
8 PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29 DIPLOMA
9 PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29 DIPLOMA
10 PENOLONG AKAUNTAN W29 DIPLOMA
11 PENOONG JURUAUDIT W29 DIPLOMA
12 PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN/OPERASI) N19 SPM/SPMV
13 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N19 SPM/SPMV
14 PENYELIA RANCANGAN TANAH G19 SPM/SPMV
15 PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19 SPM/SPMV
16 JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 SPM/SPMV
17 JURUAUDIO VISUAL N19 SPM/SPMV
18 PEMANDU KENDERAAN H11 SRP/PMR/PT3

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem online perjawatan yang boleh
didapati dalam laman web KESEDAR di www.kesedar.gov.my.
ii. Dokumen asal dan salinan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu Mukim perlu dibawa ketika
menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu sebagaimana
berikut:

a. Kad Pengenalan;
b. Sijil Kelahiran;
c. Sijil-sijil persekolahan;
d. Kelulusan Akademik (Sijil / Diploma / Ijazah) mana yang berkaitan dengan
jawatan yang dipohon;
e. Transkrip Keputusan Akhir Peperiksaan (Diploma / Ijazah) jika keputusan
sebenar belum diterima;
f. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada); dan
g. Perakuan bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan
Insolvensi/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan bebas daripada
sebarang perlakuan jenayah/tindakan mahkamah (daripada PDRM).

iii. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan dokumen
tambahan ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya
iaitu sebagaimana berikut:

a. 80% Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini;
b. Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi yang berkhidmat kurang
daripada satu (1) tahun;
c. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
d. Bebas daripada Tindakan Tatatertib (SPRM);
e. Isytihar Harta; dan
f. Perakuan Bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan Insolvensi
Malaysia/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).

iv. Calon juga dipohon untuk membawa bersama gambar berukuran pasport
sebanyak lima (5) keping ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga
sekiranya berjaya.

v. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek
sahaja yang akan dipanggil untuk melalui semua tapisan pengambilan.

vi. Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Oktober 2019 (Selasa).

MOHON ONLINE DI SINIĀ 

IKLAN PENUH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.