Select Page

Warganegara Malaysia yang terdiri daripada anak kelahiran Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus :

 

BIL JAWATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN BILANGAN KEKOSONGAN TARAF JAWATAN
1 Penolong Pegawai Penilaian W29 Kumpulan Pelaksana 1 Kontrak
2 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Kumpulan Pelaksana 2 Kontrak
3 Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11 Kumpulan Pelaksana 1 Kontrak
4 Pembantu Awam H11 Kumpulan Pelaksana 6 Kontrak
5 Pembantu Penguat Kuasa KP19 Kumpulan Pelaksana 1 Kontrak
6 Pemandu Kenderaan H11 Kumpulan Pelaksana 1 Kontrak
7 Pembantu Kesihatan Awam U19 Kumpulan Pelaksana 1 Kontrak

 

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00.

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-

i) Salinan MyKad dan Salinan Sijil Lahir
ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang)
iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

3. Permohonan yang berikut akan ditolak :-
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA / IPTS untuk perkhidmatan Awam (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php)
iii) tidak lengkap atau tidak terang;
iv) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
v) tidak menulis nombor MyKad dan nama jawatan yang di pohon;
vi) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vii) tidak ditandatangani; dan
viii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.

4. Tarikh Permohonan Ditutup : 12 MAC 2019

5. Alamat Jabatan :

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai
 No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, 
Putra Nilai
Peti Surat No. 52 
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7989112Catatan Am

6. (PENTING – SILA AMBIL PERHATIAN) :-

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan Temu Duga di laman web MPN www.mpn.gov.my.
b) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN;
c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.
d) Semua SALINAN SIJIL TIDAK PERLU DISAHKAN oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri.

Iklan dan Syarat Jawatan Kosong |

DAH APPLY KERJA TAPI TIADA RESPONS?

Pasti ada yang tak kena ni.

Anda dah update resume kepada format baru?

Tahukah anda peluang anda untuk ditemuduga sangat cerah sekiranya menggunakan template resume infografik terkini?

Jadi update segera resume anda sekarang!

RM10 sahaja untuk 1 Template 👇

SAYA BERMINAT

Share This