11 Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) | OKT 2019

  • admin 

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan sukacita mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan sebagaimana di bawah bagi memenuhi Visi dan Misi
KEDA

 

BIL JAWATAN GRED KELAYAKAN
1 PEGAWAI TADBIR N41 PHD/SARJANA/ SARJANA MUDA
2 PENOLONG PEGAWAI TADBIR  N29  DIPLOMA/STPM/STAM
3 PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI  E29 STPM/STAM/SIJIL/DIPLOMA
4 PENOLONG AKAUNTAN W29 SIJIL/DIPLOMA
5 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 SPM/SPMV
6  PEMBANTU AKAUNTAN   W19 SPM/SPMV
7 PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19 SPM/SPMV
8 PEMBANTU TADBIR N19  SPM/SPMV
9 PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV19 SPM/SPMV
10 PEMANDU KENDERAAN H11  SRP/PMR/PT3
11  PEMBANTU AWAM  H11 SRP/PMR/PT3

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN perjawatan yang boleh
didapati dalam laman web KEda di www.KEDA.gov.my.
ii. Dokumen asal dan salinan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu Mukim perlu dibawa ketika
menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu  sebagaimana
berikut:

a. Kad Pengenalan;
b. Sijil Kelahiran;
c. Sijil-sijil persekolahan;
d. Kelulusan Akademik (Sijil / Diploma / Ijazah) mana yang berkaitan dengan
jawatan yang dipohon;
e. Transkrip Keputusan Akhir Peperiksaan (Diploma / Ijazah) jika keputusan
sebenar belum diterima;
f. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada); dan
g. Perakuan bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan
Insolvensi/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan bebas daripada
sebarang perlakuan jenayah/tindakan mahkamah (daripada PDRM).

iii. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan dokumen
tambahan ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya
iaitu sebagaimana berikut:

a. 80% Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini;
b. Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi yang berkhidmat kurang
daripada satu (1) tahun;
c. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
d. Bebas daripada Tindakan Tatatertib (SPRM);
e. Isytihar Harta; dan
f. Perakuan Bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan Insolvensi
Malaysia/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).

iv. Calon juga dipohon untuk membawa bersama gambar berukuran pasport
sebanyak lima (5) keping ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga
sekiranya berjaya.

v. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek
sahaja yang akan dipanggil untuk melalui semua tapisan pengambilan.

vi. Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Oktober 2019 (Khamis).

MOHON ONLINE DI SINI 

IKLAN PENUH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.