Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan sukacita mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan sebagaimana di bawah bagi memenuhi Visi dan Misi
KEDA

 

BIL JAWATAN GRED KELAYAKAN
1  PENOLONG PEGAWAI EHWAL   EKONOMI  E29  [DIPLOMA/ STPM/ STAM]
2 PEMBANTU TADBIR KEWANGAN  W19  SPM/SPMV
3  PEMBANTU EHWAL EKONOMI  E19  SPM/SPMV
4  PEMBANTU TADBIR (P/O) W29 SPM/SPMV
5 PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  DV19 SPM/SPMV
6  PENOLONG JURUTERA   JA29 SIJIL/DIPLOMA
7 PENOLONG AKAUNTAN  W29 SIJIL/DIPLOMA
8  PEMBANTU OPERASI  N11 SRP/ PMR/ PT3
9 PEMANDU KENDERAAN  H11 SRP/PMR/PT3
10 PEMBANTU AWAM H11   SRP/PMR/PT3
11  PEGAWAI TADBIR  N41  IJAZAH SARJANA  MUDA
12  PEGAWAI UNDANG-UNDANG  L41  IJAZAH SARJANA  MUDA

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN perjawatan yang boleh
didapati dalam laman web KEda di www.KEDA.gov.my.
ii. Dokumen asal dan salinan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu Mukim perlu dibawa ketika
menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu  sebagaimana
berikut:

a. Kad Pengenalan;
b. Sijil Kelahiran;
c. Sijil-sijil persekolahan;
d. Kelulusan Akademik (Sijil / Diploma / Ijazah) mana yang berkaitan dengan
jawatan yang dipohon;
e. Transkrip Keputusan Akhir Peperiksaan (Diploma / Ijazah) jika keputusan
sebenar belum diterima;
f. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada); dan
g. Perakuan bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan
Insolvensi/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan bebas daripada
sebarang perlakuan jenayah/tindakan mahkamah (daripada PDRM).

iii. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan dokumen
tambahan ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya
iaitu sebagaimana berikut:

a. 80% Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini;
b. Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi yang berkhidmat kurang
daripada satu (1) tahun;
c. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
d. Bebas daripada Tindakan Tatatertib (SPRM);
e. Isytihar Harta; dan
f. Perakuan Bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan Insolvensi
Malaysia/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).

iv. Calon juga dipohon untuk membawa bersama gambar berukuran pasport
sebanyak lima (5) keping ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga
sekiranya berjaya.

v. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek
sahaja yang akan dipanggil untuk melalui semua tapisan pengambilan.

vi. Tarikh tutup permohonan ialah pada 9 NOV 2020.

MOHON ONLINE DI SINI 

IKLAN PENUH