103 Jawatan Kosong Pegawai dan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa | FEB 2020

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
================================================

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi 68 kekosongan dan 35 simpanan  jawatan kosong di JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia) :

IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
– PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
– Kekosongan :  25 Simpanan :20

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)
– PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
– Kekosongan :  43 Simpanan : 15

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan berikut :

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41 (http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah/1113)

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 (http://www.spa.gov.my/w…/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2057)

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila mohon melalui Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Sekian, terima kasih.

 

 

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Jabatan Perancang Bandar dan Desa
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,529.00RM9,643.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i)Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
(ii)ijazah sarjana muda kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau

(iii)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28); atau

(iv)Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,943.84)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,549.00RM5,701.00RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
      2. Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas :
    1. Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.
    2. Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.
    3. Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.
    4. Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.