Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007, bagi mengintegrasikan sistem pengurusan sisa pepejal di peringkat nasional. Akta ini memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Sebelum penubuhan JPSPN, fungsi PSP pada awalnya terletak di bawah Bahagian Kejuruteraan Kesihatan Persekitaran serta Bahagian Implementasi Projek, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), KPKT. Setelah Akta 672 dan Akta 673 diluluskan, fungsi ini telah dipindahkan kepada JPSPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan ini mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

  1. Jurutera J41
  2. Pegawa Tadbir N41
  3. Pegawai Penguatkuasa KP41
  4. Penolong Jurutera JA29
  5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  6. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  7. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29
  8. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  9. Pembantu Penguatkuasa KP19
  10. Pembantu Juruaudit W19

Cara Memohon

  • Kepada calon yang layak, anda dikehendaki untuk memohon secara online dengan mendaftar di laman web rasmi Sistem E Jawatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di SINI
  • Masukkan no kad pengenalan anda untuk mendaftar. Kemudian isi maklumat yang diperlukan. Pastikan email yang diberi masih aktif.

Tarikh Tutup : 1 NOVEMBER 2019