Temuduga Terbuka Laskar Muda TLDM Siri 215/17 2016

Tentera Laut Di Raja Malaysia mempelawa belia/beliawanis tanah air yang berkelayaan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM lain-lain Pangkat (LLP). Temuduga akan diadakan pada bulan Oktober dan November 2016 mengikut Zon seluruh Malaysia. Temuduga Terbuka Laskar Muda TLDM siri 215/17.

Temuduga Terbuka TLDm 2016

[1] Kelayakan Akademik

+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Sijil Vokasional Malaysia SVM) atau setaraf dengan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai KEPUJIAN di dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peperiksaan tersebut atau;

+ Sijil Kemahairan Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yag ditetapkan oleh TLDM serta LULUS dalam mata pelajaran BM dalam peringkat SPM. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajran BM, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peperiksaan tersebut.

[2] Syarat-Syarat Kelayakan

+ Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga tidak melebihi 23 tahun pada tarikh 20 Februari 2017.

+ Taraf perkahwinan BUJANG

+ Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan diutamakan.

+ Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

+ Syarat minimum ukuran fizikal

Ukuran Lelaki Wanita
Tinggi 1.62m 1.60m
Berat 47.5 kg 46.5 kg
BMI 18-25 18-23
Ukuran Dada

Biasa/Kembang

76cm ¬†–

[3]. Sijil Akademik dan Dokumen

+ Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:
– Kad Pengenalan (MYKAD) beserta salinan fotostat
– Sijil kelahiran pemohon
– Penyata/Sijil SPM/SVM/SKM Tahap 2 atau Tahap 3
– Sijil Berhenti Sekolah
– Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain

+ Kepada pemegang Sijil Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai perkhidmatan
ATM ditangguhkan sehigga pemohon memiliki MYKAD

+ Pemohon diwajibkan membawa SAMPUL SURAT POS EKSPRES berukuran (229mm x 162mm)

[4]. Pusat-Pusat  Pemilihan

Sila hadir dengan berpakaian sukan dan berkasut di pusat-pusat pemilihan yang terseubt di bawah.

Waktu pendaftaran dibuka 8.00-9.00 pagi. Sebarang kelewatan tidak akan diterima

Siri Tarikh Hari Lokasi
ZON SELATAN
1. 08 Okt 2016 Sabtu SK Taman Permas Jaya 3, Masai Johor

SMK Canossa Convent (M) Bandar Melaka

2. 10 Okt 2016 Isnin MSS Kluang Kem Mahkota

MSS Kem Rasah Seremban

ZON TENGAH
3. 12 Okt 2016 Rabu Mk 12 Bgd Wardieburn KL
4. 13 Okt 2016 Khamis RPS Kem Paya Jaras, Selangor
ZON TIMUR
5. 18 Okt 2016 Selasa Pengkalan Udara Kuantan
6. 20 Okt 2016 Khamis SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
7. 22 Okt 2016 Sabtu MSS Desa Pahlawan Kota Bharu
ZON UTARA
8. 24 Okt 2016 Isnin SMK Syed Ahmad Arau Perlis
9. 26 Okt 2016 Rabu SMK Tengku Laksamana Alor Setar
10. 28 Okt 2016 Jumaat Kolej Vokasional Butterworth
11. 30 Okt 2016 Ahad Rej 503 Askar Wataniah Ipoh
SABAH & SARAWAK
3 08 Nov 2016 Selasa KD Sri Tawau
3 10 Nov 2016 Khamis KD Sri Sandakan
3 12 Nov 2016 Sabtu KD Sri Kota Kinabalu
3 15 Nov 2016 Selasa 20 RAMD Miri
3 17 Nov 2016 Khamis Markas Pangkalan Udara Kuching

[5] Maklumat Lanjut

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia-Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Laman Web: www.navy.mil.my
email:pengambilantlm@navy.mil.my
Tel : 03 2071 3177/6925

[6] Permohonan Online Sebelum 26 September 2016

Permohonan online boleh dilakukan di sini : JOM MASUK TENTERA

Be the first to comment

Leave a Reply