Syarat Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan

 

Latihan Separa Perubatan merupakan  di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dengan mengambil peperiksaan online dan temuduga separa perubatan.

Cara Untuk Memohon Latihan Separa Perubatan

Permohonan untuk latihan Separa Perubatan hendaklah dilakukan secara online di web rasmi SPA.

Fahami syarat-syarat yang dikemukakan untuk setiap latihan sebelum membuat permohonan.

Terdapat 10 Kursus yang ditawarkan untuk peringkat Diploma :

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Untuk peringkat sijil pula, terdapat 3 Kursus yang ditawarkan :

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Panggillan temuduga biasanya dilakukan sebanyak dua kali setahun, iaitu pada bulan Oktober untuk kemasukan Januari dan bulan April untuk kemasukan Julai. Calon yang layak akan dimaklumkan dengan sms dan email sahaja. Tiada lagi makluman melalui surat. Oleh itu sila pastikan email dan nombor telefon yang anda daftar sentiasa aktif.

Tempoh sahlaku permohonan melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Syarat Kelayakan Peringkat Diploma

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  4. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Syarat Kelayakan  Peringkat Sijil

  • Syarat Kelayakan
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Be the first to comment

Leave a Reply