Etika Pakaian

Pandang Pertama

Penampilan seperti cara berpakaian dan kebersihan diri memainkan
peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang daripada kaca
mata orang lain.  Faktor itu juga memberi makna kepada penemu duga yang
memerhatikan cara anda menampilkan diri, apatah lagi jika seseorang
bakal menjadi eksekutif atau kakitangan di organisasi mereka..Berikut adalah tips etika pemakaian untuk menghadiri temuduga swasta atau kerajaan.

Calon Lelaki

 

  1. Calon adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan berseluar slack gelap & bertali leher.
  2. Pilih warna tali leher yang bertentangan dengan warna baju.
  3. Jika berhasrat menggunakan pin
    tali leher, gunakan yang sesuai dan warna yang berkilat untuk
    menambahkan kekemasan anda. Pin tali leher hendaklah disematkan pada
    tali leher dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah kocek baju. Jika
    mengenakan kot, pin itu harus berada separas pada bahagian atas kocek
    baju.

     

  4. Pemakaian kot adalah digalakkan. Bonus point
  5. Bawa sapu tangan jika anda seorang yang kuat berpeluh
  6. Seluar Jeans dan Tshirt Round Neck adalah dilarang sama sekali.
  7. Pastikan memakai  kasut bertumit dan berstokin warna gelap dan pastikan warna tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
  8. Sila pastikan rambut anda pendek dan kemas. Jika ada menyimpan misai atau janggut, trim dan kemaskan janggut anda.
  9. Lelaki hanya boleh menggayakan aksesori seperti jam, tali leher &
    ‘cuff-link’, manakala pemakaian cincin tidak digalakkan.
  10. Tidak dibenarkan sama sekali memakain anting-anting, bertindik dan bertatoo.

Calon Wanita

 

  1. Memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang terang.
  2. Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  3. Tidak berpakaian seperti lelaki.
  4. Kasut bertumit.
  5. Jika tidak bertudung, pastikan rambut disisir rapi atau diikat.
  6. Sekiranya mewarna rambut, pastikan warna rambut tidak menyakitkan
    mata. Elakkan menggunakan pewarna berwarna merah, biru, ungu atau
    berwarna-warni.
  7. Diingatkan supaya tidak memakai aksesori secara berlebihan terutama barang kemas.
  8. Pastikan menggunakan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.
  9. Tidak berlebihan menggunakan semburan pewangi.