Peperiksaan Online ULANGAN Penolong Akauntan 29 OKTOBER 2015

Peluang Kedua Kepada Calon

Untuk makluman kepada semua calon Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi jawatan Penolong Akauntan Gred W27, peperiksaan Online ulangan akan diadakan kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh ramai calon ketika menjawab soalan. Calon yang menghadapi masalah ketika menjawab soalan peperiksaan online ini juga telah membuat aduan rasmi di web rasmi SPA.peperiksaan_online_ulangan

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE ULANGAN
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
Tarikh Peperiksaan : 29 Oktober 2015 (Khamis)
Masa                          : 06:30 PTG – 09:15 MLM

Sila layari laman web :
http://e-semakan.igsb.com.my/

Jadual Peperiksaan Online adalah seperti berikut :

UJIAN PSIKOMETRIK  (A)                         :   06:30 PTG 07:00 MLM
PENGETAHUAN AM (B)                              :   07:30 MLM 08:10 MLM
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (C) : 08:30 MLM 09:15 MLM

Nampaknya SPA menggunakan format baru, di mana Seksyen A dimulakan dengan Ujian Psikometri terlebih dahulu. Diikuti dengan Seksyen B – Pengetahuan Am dan Seksyen C – Daya Menyelesaikan Masalah.

Diharapkan calon dapat membuat persediaan yang sewajarnya untuk peperiksaan online ulangan ini. Ramai juga yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan jadual waktu tersebut kerana waktu puncak untuk balik kerja dan waktu maghrib.

Walaupun ada waktu lapang dari pukul 7 malam sehingga 7:30 malam namun kebanyakan calon adalah bekerja dan berkeluarga. Ramai yang baru balik dari pejabat masing-masing dan sibuk menguruskan anak-anak dari rumah pengasuh.

Setakat ini tiada lagi maklum balas terbaru dari pihak SPA bekenaan rungutan calon. Pihak kami akan maklumkan jika ada perubahan masa dan tarikh.

Jualan Panduan dan Rujukan untuk persediaan peperiksaan ONLINE calon Jawatan Penolong Akauntan telah dibuka SEMULA

testimoni_penolongWalaupun sepatutnya jualan telah ditutup, namun pihak IKR tidak mahu menghampakan permintaan calon agar jualan dapat dibuka semula. Banyak sms dan email telah diterima untuk membeli panduan ini.

Jualan akan dibuka sehingga 27hb tengah malam untuk calon yang masih berminat untuk mendapatkan panduan tersebut. Panduan ini dijual dengan harga RM40 sahaja. Semoga dapat memberi panduan dan rujukan pantas kepada anda.

LULUS Peperiksaan Online ini adalah syarat wajib untuk dipanggil temuduga jawatan Penolong Akauntan. Mungkin ada yang kata rezeki ada di mana-mana. Tapi jika tiada usaha.  Renung-renungkan.

snapshot

Be the first to comment

Leave a Reply