Pengumuman Penting Tentang Surat Panggilan Temuduga dari SPA

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di talian 03-88856364/03-88806470 atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273 atau layari laman web SPA di www.spa.gov.my.

Sumber SPA

  • Berikut merupakan senarai perkhidmatan SMS Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menggunakan talian 39111:
    BIL. PERKHIDMATAN SMS SPA KETERANGAN FORMAT PENGHANTARAN
    1 SPAJAD Semakan Jadual Temu Duga Taip SPAJADNOMBOR KAD PENGENALAN (Contoh: SPAJAD 54060303####) dan hantar ke 39111
    2 SPAKEP Semakan Keputusan Temu Duga Taip SPAKEPNOMBOR KAD PENGENALAN (Contoh: SPAKEP 54060303####) dan hantar ke 39111
    3 SPAKEP Semakan Keputusan Temu Duga dengan Kod Skim Taip SPAKEPNOMBOR KAD PENGENALANKOD SKIM (Contoh: SPAKEP 54060303#### 1128) dan hantar ke 39111
    4 SPAHELP Bantuan Taip SPAHELP dan hantar ke 39111
  • Caj RM0.90 per SMS, SMS Bantuan adalah PERCUMA.

Diharapkan anda dapat mengemaskinikan alamat email dan nombor telefon anda di web rasmi SPA. Ini untuk mengelakkan anda dari terlepas panggilan temuduga SPA yang akan datang.

Anda juga boleh gunakan khidmat sms untuk mendapatkan maklumat terkini dari SPA.

 

Be the first to comment

Leave a Reply