Panduan Peperiksaan Online SPA 2015

Seperti yang kita sedia maklum, SPA telah memperkenalkan kaedah peperiksaan secara atas talian (online) sejak 30 April 2014. Peperiksaan Online ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti amalan biasa.

Peperiksaan online ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer atau notebook yang mempunyai rangkaian internet. Paparan soalan boleh dicapai menggunakan browser seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Safari. Calon akan dimaklumkan melalui dua cara berikut iaitu :

  1. SMS (Pastikan nombor telefon bimbit adalah betul dan terkini)
  2. Email (Pastikan email anda aktif dan mudah mendapat notifikasi)

Panduan Untuk Menjawab Peperiksaan Online SPA 2015

Umumnya Peperiksaan Online SPA terbahagi kepada tiga seksyen, iaitu :

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian Psikometrik

1. Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia, Antarabangsa dan skim jawatan

Tujuan : Mengukur sikap terhadap maklumat, kenegeraan dan kesedaran organisasi

Skop soalan : Bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara.

2. Sekysen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Tujuan : Mengukur kebolehan berfikir (IQ test)

Skop soalan : KEmahiran logik, interpretasi data dan konsep-konsep matematik

3. Seksyen C : Ujian Psikometrik

Tujuan : Mengukur personaliti dan kecenderungan calon secara umum

Skop soalan : Pelbagai soalan berkaitan perihal diri calon.

Langkah-langkah untuk menjawab Peperiksaan Online SPA 2015 adalah seperti berikut :

Langkah 1 : Semak maklumat/email yang dihantar oleh SPA berkenaan dengan Peperiksaan Online yang anda akan ambil. Klik pada pautan “Peperiksaan Online”. Pautan ini hanya akan dipaparkan 1 jam sebelum peperiksaan bermula. Anda dinasihatkan untuk bersedia awal dan jangan tunggu di saat akhir untuk klik link peperiksaan online SPA tersebut.

SPA_Langkah1

Langkah 2 : Link yang diklik akan membuka browser internet default anda. Di situ skrin “Sistem Peperiksaan Online “ akan dipaparkan. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. KATA LALUAN ADALAH ANGKA GILIRAN ANDA. Selepas itu klik butang “Login”.

SPA_Langkah2

Langkah 3 : Seterusnya, Skrin “Maklumat Berkenaan Calon” akan dipaparkan. Sila semak maklumat anda, nama dan nombor giliran. Sila pilih lokasi anda mengambil peperiksaan samada di dalam atau luar negara. Kemudian, sila klik butang ‘’Hantar. ‘’

SPA_Langkah3

Langkah 4 : Peperiksaan Online SPA anda akan bermula dengan Seskyen A. Perhatikan Petunjuk seperti warna lampu isyarat di bawah. :

  • Putih – Soalan belum dilihat
  • MerahSoalan sedang dijawab
  • Hijau – Soalan sudah dijawab
  • Kuning –  Soalan sudah dilihat tetapi belum dijawab.

Sila baca arahan dan soalan dengan teliti. Pastikan anda menjawab semua soalan. Fokus kepada soalan yang mudah dahulu, dan jawab soalan sukar di saat akhir. Kemudian tunggu masa peperiksaan tamat.

SPA_Langkah4

Langkah 4a : Sila tunggu untuk memulakan Seksyen yang berikutnya.

SPA_Langkah5

Langkah 5 : Anda akan dibawah ke skrin Peperiksaan Online SPA Seksyen B. Teruskan menjawab sehingga masa tamat.

SPA-Langkah4a

Langkah 6 : Apabila anda telah selesai menjawab semua soalan dan masa peperiksaan tamat. Sila klik butang “Keluar”

SPA_Langkah6

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang Panduan Peperiksaan Online SPA, anda boleh tonton video di bawah.

Apa yang pasti, dengan pengenalan Peperiksaan Online ini peluang lebih luas diberi kepada semua calon yang layak di seluruh Malaysia. Calon yang betul-betul layak dan membuat persediaan rapi sahaja yang bakal lulus peperiksaan ini. Untuk makluman, tiada sebarang buku rujukan yang disediakan oleh pihak SPA untuk peperiksaan Online SPA ini.

Namun begitu, pihak InfoKerjaya telah berusaha dan mengkaji bersama-sama calon yang telah mengambil peperiksaan SPA ini untuk menghasilkan dan mengemaskini Panduan dan Persediaan untuk para calon. Testimoni di bawah diharap dapat memberikan sinar harapan untuk anda.

penolongakauntan_lulus2013

penolongakauntan_lulus2013_jun

Perlu diingat walaupun, peperiksaan online ini adalah open book, masa sangat limited. Bayangkan anda perlu menjawab 50 soalan dalam masa 40 minit untuk Seksyen A. Ini bermakna anda perlu menjawab dalam masa 48 saat untuk satu soalan.

Anda memerlukan segala bantuan yang ada sekarang, dari tips, panduan dan contoh-contoh soalan untuk menghadapi Peperiksaan Online SPA ini. Biar kami bantu anda. Jangan biarkan impian anda untuk menjawat jawatan di sektor kerajaan tidak kesampaian kerana Peperiksaan Online SPA ini.

Be the first to comment

Leave a Reply