Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41

Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 khusus untuk calon 1 November 2014




# Adakah anda sudah bersedia ? Pasti anda berasa berdebar-debar menanti tarikh peperiksaan yang bakal tiba. Siapa yang tak nak memegang jawatan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Mana tahu suatu hari anda bakal menjadi Ketua Setiausaha Negara. Siapa tahu kan..

# Mungkin ini adalah langkah pertama anda. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang disediakan untuk jawatan ini, berbanding jawatan-jawatan lain dalam perkhidmatan awam.. 

Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2014

# Berikut merupakan video ringkas yang disediakan oleh pihak SPA untuk menjawab secara online.


     * Update 

    # Berita baik, anda boleh rujuk buku semasa menjawab soalan dan tidak perlu bawak toyol hehe

    # Tiada lagi esei BM dan BI ..WOW

    # Tapi anda kena ingat, anda harus menguruskan masa dengan sangat effisien. Kalau tidak, tak terjawab la anda. 

    # Untuk memberikan anda gambaran awal bagaimana bentuk dan format soalan yang akan diberikan, berikut adalah contoh format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada tahun 2014 :

    1. Seksyen A – Pengetahuan Am
    2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    3. Seksyen C – Ujian Psikometri


      Seksyen A – Pengetahuan Am
      Jumlah Soalah : 50
      Tempoh Masa : 40 Minit

      Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

      Contoh Soalan Seksyen A

      1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali:

      A. menangani kos sara hidup. 
      B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan. 
      C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. 
      D. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. 


      2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada 


      I. kanak-kanak. 

      II. balu askar dan polis. 
      III. orang kelainan upaya. 
      IV. mangsa bencana alam. 

      A. I, II dan III 
      B. I, II dan IV 
      C. I, III dan IV 
      D. II, III dan IV 

      3. Berapakah bilangan Ahli Dewan Negara?

      A) 56
      B) 65
      C) 70
      D) 75

      4.Perkataan berikut adalah istilah-istilah yang digunakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 KECUALI

      A) Kaveat
      B) Torrens
      C) Rizab
      D) Penimbang Tara

      5.Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun

      A) 1948
      B) 1957
      C) 1963
      D) 1984

      Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
      Jumlah Soalah : 40
      Tempoh masa : 45 minit 
      Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

      (i) Kemahiran Logik
      (ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
      (iii) Konsep Matematik

      Contoh Soalan Seksyen B


      i) Kemahiran Logik 


      Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

      Contoh Soalan: 



      ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 

      Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


      Contoh Soalan: 

      1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.


      Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April. 

      A. 20 orang 
      B. 40 orang 
      C. 60 orang 
      D. 80 orang 


      2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4. 




      Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah 


      A. 30 

      B. 60 
      C. 80 
      D. 140 

      iii) Konsep Matematik 

      Konsep Matematik yang digunakan untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

      Contoh Soalan: 

      1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A. 




      Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B. 

      A. 105m2
      B. 125m2
      C. 230m2
      D. 245m2


      2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya? 

      A. RM100 

      B. RM150 
      C. RM200 
      D. RM250 

      3. Amran membuat pesanan pembelian 15 unit komputer riba bernilai RM15,000 setiap satu dan 40 unit thumb drive yang bernilai RM100 setiap satu daripada syarikat ABC Sdn. Bhd. Berapakah yang perlu dibayar oleh Amran sekiranya syarikat berkenaan memberi diskaun sebanyak 5% bagi pembelian komputer riba melebihi 10 unit dan 10% bagi thumb drive yang melebihi 45 unit? 
      A) RM74,850
      B) RM75,250
      C) RM79,000
      D) RM80,000

      4. Puan Juita telah membeli kabinet dapur import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 setengah tahun. Berapakah wang yang perlu dibayar

      A) RM680
      B) RM880
      C) RM980
      D) RM990

      5. Sebuah kereta bergerak dengan purata laju 92KM/J. Kira jarak dalam KM yang dilalui oleh lori itu dalam 1 jam 15 minit?

      A) 15
      B) 75
      C) 60
      D) 65


      Seksyen C – Ujian Psikometrik
      Masa Menjawab: 15 Minit
      Jumlah Soalan: 36 Soalan Sahaja



      Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Contoh Soalan   



       

      # Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

       # Ingat tak masa kita nak ambil SPM, berapa banyak buku rujukan yang kita beli. Dari Sasbadi ke Preston. Berapa banyak ramai kawan yang kita mintak contoh soalan exam TRIAL SPM sekolah dia. Ini semua usaha yang kita lakukan.

      # So mengapa tidak kita membuat persediaan yang sama untuk menghadapi peperiksaan ini. Di sini saya ingin mencadangkan anda untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya.

      # Kelebihan Pakej Rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini:
      1. Mereka Berpengalaman. Panduan disediakan oleh Tim Infokerjaya  atau lebih dikenali sebagai Team TipsPTD yang berpengalaman menyediakan panduan peperiksaan SPA untuk calon sejak 2009 lagi.
      2. Format Terkini,Teknik panduan menjawab soalan peperiksaan disediakan mengikut seksyen
      3. Tips Diberikan. Nota Bantuan Menghadapi Peperiksaan SPA disertakan
      4. Ramai telah Membeli. Telah membantu lebih daripada 63000 graduan untuk menghadapi peperiksaan SPA ini.
      5. Respons Positif. Ramai yang telah memberikan maklumbalas yang positif tentang pakej rujukan ini.

      # Bagaimana boleh saya dapatkan panduan ini?
      Memandangkan panduan ini amat ISTIMEWA, Tim Infokerjaya hanya membuka jualan pada waktu terhad sahaja iaitu sebelum peperiksaan sebenar.

       Sekiranya anda berminat menjadi orang yang pertama mendapatkan panduan ini, anda boleh mendaftar dengan kami melalui link di bawah. Pihak kami akan menghubungi anda apabila jualan dibuka kelak.

      Be the first to comment

      Leave a Reply