Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27

Tahniah kepada anda yang telah menerima panggilan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Akauntan Gred 27. Peperiksaan akan dijalankan pada 21 Oktober 2015 (Rabu)

Kepada anda yang belum mendapat sms atau email dari SPA, sila lakukan semakan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 di web rasmi SPA.

Sebelum itu mari kita lihat secara detail jawatan dan deskripsi tugas sebagai seorang Penolong Akauntan W27.

Kumpulan    :   Sokongan di  Jabatan Akauntan Negara

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,367.00 RM5,098.00 RM145.00

 

Syarat Lantikan:

  • diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
  • Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,892.68 ]
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:  Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.m

Peperiksaan  Online Penolong Akauntan W27

Apa yang perlu anda tahu :

  1. Peperiksaan Penolong Akauntan W27 SPA 2105 akan dijalan secara online.
  2. Terdapat 3 bahagian iaitu :
    1. Seksyen A – Pengetahuan AM
    2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    3. Seksyen C – Ujian Psikometric
  3. Anda perlu mendapat markah yang baik bagi semua kertas, dan bukan fokus satu kertas sahaja.
  4. Peperiksaan ini bertujuan untuk daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi makumat yang diperolehi melalui latihan akademik , bacaan dan pengalaman.
  5. Calon-calon yang memohon adalah dari pelbagai jurusan, oleh itu soalan-soalan yang dikemukakan adalah merangkumi pelbagai bidang dan skop yang luas.
  6. Statistik kegagalan adalah tinggi. Calon hendaklah membuat persiapan rapi untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Akauntan W27 SPA 2015 ini.

Jom lihat contoh soalan Peperiksaan Online Akauntan W27.

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

  • Masa : 40 Minit
  • Bilangan Soalan : 50 (aneka pilihan)

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui  secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi,pentadbiran kerajaan dan sosial.

Contoh Soalan:

1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?
I              Tunai
II            Kenderaan
III          Penghutang
IV          Modal Kerja

A         I dan II
B        II dan IV
C        I, II dan III
D      II, III dan IV

Jawapan: C

2.  Manakah dokumen yang menjadi sumber Buku Tunai?

A        Invois
B        Nota Debit
C       Pesanan Belian
D      Baucar Bayaran

Jawapan: D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

  • Masa : 45 Minit
  • Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan,
kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan
untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.

Contoh Soalan:

  1. Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?

number A        64
B        54
C        49
D       4

      Jawapan : B

     Penjelasan : Kesemua nombor adalah hasial kuasa dua kecuali 54. Kita bukan mencari Nombor         Ganjil tetapi Nombor yang ganjil.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

  1.  Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

contohsoalan

 A        1/3

B        2/3
C        1/4
D       2/4

            Jawapan : B

           Penjelasan :                    Jumlah pengunjung : 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang

Jumlah pengunjung kanak – kanak   = 104 + 136 = 240 orang

Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3

 

2.  Data di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai serbaneka dari lima buah    taman berhampiran pada satu bulan.

akaun       Cari nilai kebarangkalian bagi seseorang pelanggan dari Taman Mewah yang datang ke kedai serbaneka tersebut.

A        18/33
B        8/35
C        8/33
D       3/8

        Jawapan : C

     Penjelasan :   4000/(4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500) = 8/33

iii) Konsep Matematik dan Akaun

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan  pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain.

Contoh Soalan:

  1. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A        36
B        33
C        30
D       27

       Jawapan : D

     Penjelasan :        90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

 

SEKSYEN C – UJIAN PSIKOMETRIK

  • Masa : 30 Minit
  • Bilangan Soalan : 200 (aneka pilihan)

Tujuan Ujian Psikometrik ini adalah untuk menguji dan menilai Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk temuduga dan menjawat jawatan dalam sektor awam.

Dengan kata lain, kecenderungan akan dinilai dengan set soalan yang diajukan. Format soalan dan jawapan tidak tetap. Anda mungkin hanya akan diberikan 2 pilihan jawapan iaitu : YA dan Tidak, Betul dan Salah, Setuju dan Tidak Setuju. Skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon adalah :

  • Kepimpinan
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Kestabilan Emosi
  • Integriti
  • Disiplin
  • Kejujuran

 

Contoh Soalan:

  • Saya seorang yang sistematik dan teliti                                       A. Ya            B. Tidak
  • Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah             A. Setuju     B. Tidak Setuju 

 

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

  • Anda perlu membuat persediaan rapi untuk menjawab Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan.
  • Sentiasa peka dengan isu semasa dan terkini dengan banyak membaca. Ini akan memudahkan anda menjawab Soalan di  Seksyen A
  • Anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan soalan-soalan yang di luar pengkhususan anda kerana skop soalan adalah luas dari pelbagai bidang akademik. Oleh itu, jangan buang masa terlalu lama untuk soalan yang sukar. Skip dahulu soalan tersebut dan jawab soalan yang mudah dahulu.
  • Untuk soalan objektif, pastikan anda memilih jawapan yang paling tepat. Kaji setiap jawapan dan potong jawapan yang salah/tidak tepat.
  • Membiasakan diri dengan contoh-contoh soalan dan format peperiksaan Online Penolong Akauntan dengan mendapatkan Panduan Peperiksaan Penolong Akautan W27

Kenapa Anda MESTI dapatkan Pakej Panduan Peperiksaan Online Ini

  • Panduan ini akan dikeluarkan oleh pihak IKR yang cukup pengalaman dalam bentuk soalan dan skema soalan online SPA. Ianya cukup lengkap dengan cara menjawab dan pelbagai contoh soalan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Akauntan W27 nanti.
  • Anda perlu membiasakan dengan soalan yang diluar pengkhususan anda untuk membolehkan anda mendapat markah yang baik bagi semua bahagian. Dengan koleksi soalan yang disediakan nanti anda akan menjadi lebih mahir dengan bentuk soalan dan skema jawapan yang akan dikemukakan dalam peperiksaan nanti.
  • Jika anda berminat, sila letakkan nama dan email anda di bawah untuk kami hantar link pembelian kerana jualan masih belum di buka. Ada puluh ribu calon yang akan mengambil peperiksaan online ini dan dengan panduan ini, anda akan ada KELEBIHAN yang mereka tiada.

    2

Nama Anda

E-mail address

 


Be the first to comment

Leave a Reply