Panduan Menulis Resume Dengan Betul

Resume Copy and Paste

Kebiasaanya kita akan minta contoh resume dari kawan atau rakan sekerja untuk diedit tanpa membaca keseluruhan resume tersebut. Ini kadang-kadang menyebabkan kita terlepas pandang kesalahan ejaan dan format yang tidak tepat di dalam resume kita.

“First impression” bakal majikan anda adalah berdasarkan persembahan resume atau Curriculum Vitae (CV) anda. Dengan kata lain resume anda adalah jurucakap  kepada mereka. Jika anda mengambil sikap sambil lewa atau janji siap, adakah anda yakin anda akan dipanggil untuk temuduga.

Jika menyediakan resume pun anda tidak titik beratkan, bagaimana anda dapat menjalankan tugas dengan baik jika diamanahkan untuk melakukan sesuatu tugas penting.

Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu ambil maklum format dan maklumat yang perlu diletakkan di dalam resume anda. Berikut adalah maklumat resume yang perlu anda sediakan :

  1. Maklumat Diri / About Me
  2. Kelayakan Pendidikan / Education
  3. Pengalaman Kerja / Working Experience
  4. Kemahiran Kendiri / Personal Strength
  5. Gaji / Salary
  6. Rujukan / Reference
Panduan Menulis Resume Dengan Betul
Panduan Menulis Resume Dengan Betul

1. Maklumat Diri / About Me

Antara maklumat yang wajib anda masukkan di dalam seksyen maklumat diri anda adalah :

  • Nama penuh mengikut kad pengenalan
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon yang aktif
  • Alamat Surat Menyurat yang terkini
  • Email yang aktif
  • Gambar berukuran pasport

Kebanyakan calon gagal dihubungi kerana menggunakan email yang tidak aktif dan nombor telefon yang tidak dikemaskini. Ini menyukarkan untuk Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Department- HR) sesebuah syarikat untuk menghubungi anda dengan kadar segera jika ada kekosongan yang perlu diisi.

Gunakan alamat yang terdekat dengan syarikat yang anda pohon untuk bekerja. Pihak HR Syarikat akan lebih tertarik dengan calon yang tinggal berdekatan berbanding alamat yang beratus kilometer dari mereka.

Pastikan email yang anda gunakan adalah profesional dan kemas seperti nama anda sendiri, contoh:

  • azman.adnan@gmail.com
  • Norhayati.osman@gmail.com

dan bukan seperti ini

  • sweet.honey@yahoo.com
  • cayunkbangat@yahoo.com

Ini akan menampakkan anda seorang yang matang dan profesional dan bukan kebudak-budakan lagi. Satu lagi perlu diingat, email yang anda letakkan di resume mestilah tidak digunakan untuk Facebook atau twitter anda.

Seakrang adalah zaman teknologi maklumat di hujung jari, segala maklumat tentang diri anda boleh di Google dengan hanya menggunakan email anda sahaja. Siapa tahu kemungkinan besar, pihak HR syarikat tersebut akan melakukan profile search di facebook dan  boleh melihat facebook profile anda.

Lebih-lebih lagi jika privacy setting anda tidak di setkan untuk friend sahaja. Anda tentu tidak mahu gambar-gambar peribadi anda dilihat oleh bakal majikan anda. Sila rujuk step di bawah untuk setkan privacy setting anda di Facebook.

Cara untuk lihat dan adjust privacy settings anda di Facebook:
  1. Lihat di bahagian atas penjuru kanan di Facebook anda.
  2. Pilih Settings dari dropdown menu tersebut.
  3. Pilih dan klik Privacy pada bahagian kiri.
  4. Klik pada bahagian setting (ex: Who can see your future posts?) untuk di edit.

Adalah lebih baik untuk cipta email baru khas untuk resume dan mencari kerja. Selepas itu linkkan kepada email utama anda. Maksudnya, jika anda menerima email di email baru anda, email tersebut akan juga dihantar di email utama anda. Mudah bukan.

Jika anda menyediakan gambar, pastikan gambar yang diberi adalah gambar terbaik anda dan bukan gambar Facebook profile anda. Pastikan ianya jelas, ceria dan profesional. Lebih menarik jika gambar tersebut anda memakai kot dan tie.

2. Kelayakan Pendidikan / Education

Sekiranya anda memiliki ijazah dan diploma, keputusan UPSR, PMR dan SPM tidak perlu diletakkan di dalam resume anda. Jangan lupa letakkan CGPA atau keputusan terkini anda. Untuk para graduan pula, adalah dicadangkan untuk meletakkan keputusan setiap mata pelajaran yang berkaitan dengan kerja yang anda pohon dan mendapat markah tinggi.

Nyatakan dengan jelas, nama Universiti atau Insitut Pengajian anda. Pastikan ejaan course anda adalah betul contoh “Bachelor Of Engineering (HONS.) Electrical and Electronic Engineering”.

3. Pengalaman Kerja / Working Experience

Senaraikan pengalaman kerja anda sebelum ini. Pastikan anda menyenaraikan skop kerja, tanggungjawab anda dan pencapaian terbaik anda di situ. Senaraikan projek-projek penting yang telah anda siapkan dan nyatakan peranan anda dan team anda untuk menyiapkan projek tersebut. Ini penting untuk pihak HR syarikat meneliti kebolehan anda.

Jangan di lupa untuk menyatakan sebab anda berhenti, samada untuk mencari pengalaman baru atau meningkatkan potensi diri di tempat kerja baru.

Untuk para graduan, anda boleh letakkan pengalaman praktikal anda. Nyatakan dengan jelas tugasan dan kerja yang anda telah selesaikan. Pastikan ianya detail dan padat. Ini menunjukkan anda tahu apa yang anda lakukan dan bukan sekadar copy paste dari resume kawan-kawan anda.

4. Kemahiran Kendiri / Personal Strength

Di sini anda wajib menyenaraikan segala kelebihan diri yang ada pada diri anda. Sila senaraikan segala software yang anda mahir dari Microsoft Office ke AutoCAD. Senaraikan bahasa yang anda kuasai dari Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Mandrin.

Penglibatan anda dalam program kemasyarakatan, jawatan sebagai pengarah projek, setiausaha program yang mellibatkan VIP juga hendaklah disenaraikan untuk menambah bonus mark di dalam resume anda.

Dengan penyertaan aktif anda di dalam pelbagai program, ini menunjukkan anda seorang yang mempunyai bakat kepimpinan dan boleh bekerja di dalam sesuatu pasukan.

5. Gaji / Salary

Salary expectation can be quite tricky. Silap letak, mungkin anda akan underpaid. Jika anda letak terlalu tinggi mungkin permintaan gaji anda akan ditolak. Adalah lebih baik untuk meletakkan gaji anda pada tangga gaji yang sesuai dengan pengalaman dan kelulusan anda serta (negotiable) boleh dirunding.

Kepada bakal graduan anda mungkin tiada pilihan kerana kurang pengalaman. Gaji permulaan bagi ijazah adalah dalam RM 2,000 ke RM 2,500 bergantung kepada syarikat yang anda mohon. Dengan kata lain, fresh graduate tidak boleh demand tinggi kerana puluhan ribu lagi yang mempunyai ijazah seperti anda. Yang penting, dapatkan kerja dan ambil pengalaman semampu yang boleh. Anda juga boleh melihat kepada benefits lain seperti medical, pelaung memajukan karier dan lokasi yang berhampiran dengan rumah anda.

Untuk calon yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, kebiasaanya akan meletakkan gaji yang lebih tinggi (Demand) daripada gaji di syarikat lama .  Pastikan gaji yang anda minta berpatutan dengan pengalaman kerja anda. Lakukan sedikit research tentang gaji dalam bidang anda berdasarkan tahun pengalaman anda.

6. Rujukan / Reference

Rujukan ini penting untuk pihak HR melakukan semakan tentang diri anda. Untuk para graduan, boleh letakkan nama supervisor Final Projek mereka atau supervisor di syarikat yang mereka jalani latihan amali/praktikal. Minta izin mereka terlebih dahulu, supaya mereka tidak terkejut jika menerima panggilan daripada pihak HR. Sertakan alamat dan nombor telefon mereka untk mudah dihubungi. Pensyarah Universiti anda juga boleh diletakkan sebagai rujukan.

Untuk calon yang pernah bekerja pastikan anda mempunyai hubungan baik dengan bos lama anda. Ini penting untuk mendapat good recommendation dari mereka jika dihubungi oleh pihak HR. Jika tidak boleh lupakan sahaja untuk letakkan di bahagian rujukan. Anda juga boleh letakkan ex-officemate anda untuk rujukan.

Sebagai kesimpulan, penyediaan resume teliti adalah penting untuk menjamin anda dipanggil untuk temuduga. Lakukan research di website syarikat tersebut dan rancang isi kandungan resume anda agar relevan dengan kehendak semasa.

Lebih efisien jika anda membahagikan resume anda kepada kategori syarikat seperti resume untuk Kerajaan, Korporat/Swasta, Perkhidmatan dan Hiburan. Sudah pasti penekanan, susun letak dan format yang berbeza untuk setiap kategori. Ini semua terpulang kepada anda. Setiap usaha pasti ada hasilnya, InsyaAllah.

Be the first to comment

Leave a Reply