Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

  • Jantina: Perempuan sahaja
  • Tempoh Latihan: 2 tahun
  • Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tempat Latihan:
    • Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
  • Syarat Latihan:
    • Warganegara Malaysia
    • Umur:
      • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
      • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Kelayakan:
      • Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
      • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    • Keutamaan:
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;
      • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
    • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Perhatian:
    Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17.