Kursus Percuma |Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

Berita baik untuk anda yang masih mencari kerja atau sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2015.

Ini adalah merupakan salah satu Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.

 

 

Berikut adalah Jadual untuk Bulan Oktober 2015
 Jadual_Oktober
  • Anda dikehendaki untuk mengisi borang kehadiran online di Borang Pengesahan Kehadiran.
  • Pilih lokasi seminar yang berdekatan dengan anda dan sila semak status pendaftaran anda di SINI
  • Pendaftaran Kursus Secara Online akan diberikan sijil penyertaan.
  • Atur Cara Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam (Terkini/Baru) [ Muat Turun ]
  • Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
  • i) Tiada sebarang bayaran dikenakan;
    ii) Berpakaian kemas; dan
    iii) Nota-nota kursus disediakan
  • Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:
    Encik Zainal Bin Ein : 03-8885 6055
    Encik Hasrolnizam bin Jahya : 03-8885 6062
    Cik Siti Amirah binti Amran : 03-8885 6459
  • Statistik kehadiran peserta kursus setakat September 2015.

statistik

Seramai 14, 556 calon yang telah menghadiri Kursus Percuma Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam. Jika anda betul-betul berminat untuk menyertai sektor awam, kursus ini amat sesuai untuk anda. Mungkin ada soalan ramalan SPA untuk anda. 🙂

Be the first to comment

Leave a Reply