Jawatan Kosong USM [5 Mei 2016]

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia mempelawa individu yang berkelayakan, proaktif dan komited untuk memohon jawatan kosong di USM. Jawatan yang di iklan melibatkan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Untuk memohon, sila layari Portal E-RecruIT.

Iklan dibuka mulai 21 April 2016 hingga 5 Mei 2016.

Perhatian :

Pemohon untuk jawatan Gred 29 dan ke atas akan terlibat dengan Penilaian MyTalent yang mana, setiap pemohon dikehendaki melengkapkan penilaian untuk diri sendiri dan mencalonkan dua (2) rujukan / pengadil untuk membuat penilaian.
Proses penilaian MyTalent akan dilaksanakan bermula pada 06 Mei 2016 sehingga 12 Mei 2016. Pemohon dikehendaki melengkapkan tiga (3) penilaian MyTalent iaitu
Penilaian kendiri (diri sendiri)
Penilaian daripada rujukan pertama
Penilaian daripada rujukan kedua
Untuk mengakses MyTalent, satu emel makluman akan dihantar kepada pemohon dan pengadil pada tarikh 06 Mei 2016.

Pemohon dinasihatkan untuk melengkapkan bahagian maklumat rujukan/pengadil dengan tepat bagi memastikan proses penghantaran emel berjalan dengan lancar.
Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi rujukan/pengadil secara terus bagi memastikan penilaian MyTalent dilengkapkan dalam tempoh masa seperti di atas.
Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya 3 jenis penilaian MyTalent tidak dilengkapkan dengan sempurna.

Sebarang permasalahan mengenai MyTalent, sila kemukakan pada bahagian Aduan dan Komen di paparan utama E-RecruIT atau paparan utama di MyTalent.

Senarai Iklan Jawatan Kosong adalah seperti di bawah

BIL JAWATAN GRED / BIDANG

PENGURUSAN & PROFESIONAL

1 PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
2 PEGAWAI SAINS C41
3 PERANGKAWAN E41
4 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
5 JURUTERA J41
6 PEGAWAI PENERBITAN N41
7 PEGAWAI TADBIR N41
8 PEGAWAI PENYELIDIK Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
9 PEGAWAI PSIKOLOGI S41
10 PUSTAKAWAN S41
11 PEGAWAI FARMASI UF41, UF44, UF48, UF52, UF54
12 PEGAWAI OPTOMETRI U41
13 PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
14 PEGAWAI PERGIGIAN UG41,UG44,UG48,UG52,UG54
15 PEGAWAI PERUBATAN UD41, UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54
16 PEGAWAI KEWANGAN W41

PELAKSANA

1 PEMBANTU LAUT A19
2 ARTS BUDAYA B19
3 PEREKA B29
4 PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
5 JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
6 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
7 PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
8 PEMBANTU VETERINAR G19
9 PEMANDU KENDERAAN H11
10 PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) H11
11 PEMBANTU KEMAHIRAN H19
12 PENOLONG JURUTERA JA29
13 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
14 PEMBANTU KESELAMATAN KP19
15 PENGAWAL KESELAMATAN KP11
16 PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
17 PEMBANTU PENERBITAN N19
18 PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19
19 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
20 PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
21 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19
22 PENOLONG KURATOR S29
23 PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
24 JURU X-RAY U29
25 JURUPULIH PERUBATAN U29
26 JURURAWAT U29
27 JURURAWAT MASYARAKAT U19
28 JURUTERAPI PERGIGIAN U29
29 JURUTEKNIK PERUBATAN U19
30 JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
31 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
32 PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
33 PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
34 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
35 PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
36 PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
37 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
38 PEMBANTU AKAUNTAN W19
39 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
40 PENOLONG AKAUNTAN W29
41 JURUFOTOGRAFI B19
42 PEMBANTU OPERASI N11
43 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
44 PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

IKLAN DISINI

Be the first to comment

Leave a Reply