Jawatan Kosong MBJB [10 Mei 2016]

A. JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

1. Jurutera Kejuruteraan                                                                                  J41/J44 Tetap/Kontrak
2. Juruaudit Kewangan                                                                                     W41/W44 Tetap/Kontrak
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Sistem Maklumat                 F29/F32 Tetap/Kontrak
4. Penolong Pegawai Seni Bina Kejuruteraan                                             JA29/30/JA36 Tetap/Kontrak
5. Penolong Pegawai Tadbir Pentadbiran Dan Sokongan                          N27/N32 Tetap/Kontrak
6. Pembantu Tadbir Pentadbiran Dan Sokongan                                       N17/N22 Tetap/Kontrak
7. Pembantu Penilaian Kewangan                                                                 W17/W22 Tetap/Kontrak
8. Pembantu Kesihatan Awam Perubatan Dan Kesihatan                       U17/U22 Tetap/Kontrak
9. Pembantu Kemahiran Kemahiran                                                            H17/H22 Tetap/Kontrak
10. Pembantu Perpustakaan Sosial                                                               S17/S22 Tetap/Kontrak
11. Pembantu Tadbir (Kewangan) Kewangan                                            W17/W22 Tetap/Kontrak
12. Pembantu Keselamatan Keselamatan & Pertahanan Awam             KP17/KP22 Tetap/Kontrak
13. Penghantar Notis Pentadbiran Dan Sokongan                                     N11/N14 Tetap/Kontrak

B. SYARAT-SYARAT LANTIKAN :

Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.

JAWATAN 1 – JURUTERA GRED J41

(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,360.00 )

(b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas;
atau

(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 2 – JURUAUDIT GRED W41

(a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : RM2,132.00 )

(b) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : RM2,651.00)

(c) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : RM2,651.00 )

(d) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : RM2,754.00)

(e) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : RM2,858.00)

(f) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b), (c), (d) atau
(e) di atas.

JAWATAN 3 – PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

(a) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred F29 : RM1,746.00 )

(b) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred F29 : RM1,821.00 )

(c) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak diperimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) atau (b) di atas.

JAWATAN 4 – PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29

(i) Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,418.00 ); atau

(ii) Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,826.00 )

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 5 – PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00 ); atau

(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00 ); atau

(c) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,662.00 ); atau

(d) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,738.00 )

(e) kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan
Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b) atau (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

JAWATAN 6 – PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
( Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : RM928.00 )

(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

JAWATAN 7 – PEMBANTU PENILAIAN GRED W17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat  peperiksaan tersebut; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : RM929.00 )

(b) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : RM1,380.00)

(c) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 8 – PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17

(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Kelayakan Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred U17 : RM975.00 )

(b) Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

Jawatan 9 – PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred H17 : RM1,318.00 )

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred H17 : RM1,318.00 )

(c) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

Jawatan 10 – PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred S17 : RM928.00 )

(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 11 ( PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : RM929.00 ) atau;

(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : RM985.00 ) atau;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : RM1,154.00 ) atau;

(d) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : RM1,380.00) atau;

(e) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 12 – PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP17 : RM936.00 ) atau;

(b) Bekas Tentera atau Bekas Polis yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP17 : RM928.00 )

(c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
tanpa sepatu;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 13 – PENGHANTAR NOTIS GRED N11

(a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].
( Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM848.00 )

(c) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

D. UMUR :

Calon bagi lantikan hendaklah berumur :

(a) tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

E. CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang
permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di  alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata
Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada _ 10 MEI 2016 __

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;

(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA
(Diploma/Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan; dan
(ix) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

F. CATATAN AM :

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

IKLAN MBJB DI SINI

Be the first to comment

Leave a Reply