Jawatan Kosong Majlis Daerah Segamat [3 Mei 2016]

Rakyat Negeri Johor Darul Takzim dan Warganegara Malaysia yang  yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Penolong Pegawai Undang-Undang
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pembantu Kesihatan Awam
Pembantu Awam

Cara Memohon :

(a) Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Majlis Daerah Segamat bersama-sama salinan dokumen-dokumen berikut :-

Kad Pengenalan Diri ;
Sijil Kelahiran ;
Sijil-sijil Persekolahan ;
Sijil Kelulusan Akademil (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon ;
Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima) ;
Satu keping gambar terkini berukuran ‘pasport’ ;
Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).
(b) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan harga RM2.00. Borang permohonan hanya akan dikeluarkan kepada calon yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja.

(c) Permohonan-permohonan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH SEGAMAT,

85000, SEGAMAT.

(d) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 17 Tahun 2005.

(e) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti di dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

(f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(g) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

*PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) ATAU PENGHULU MUKIM.

IKLAN DAN MAKLUMAT JAWATAN

Be the first to comment

Leave a Reply