IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN [25 MEI 2016]

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak, termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan iaitu :-

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 (1 kekosongan)
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29 (1 kekosongan)
3. Penolong Pegawai Penilaian W29 (1 kekosongan)
4. Pembantu Penguatkuasa KP19 (4 kekosongan)
5. Pembantu Tadbir N19 (6 kekosongan)
6. Pembantu Awam H11 (7 kekosongan)
7. Pemandu Kenderaan H11 (3 kekosongan)

 

PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
2. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.
iii. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas akan ditolak.
iv. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
v. Setiap permohonan mesti dimasukkan ke dalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
vi. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Jalan Speedy,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
PERMOHONAN

Semua permohonan hendaklah dimuat turun melalui laman web Majlis Perbandaran Teluk Intan iaitu di (www.mpti.gov.my)

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mei 2016

 

IKLAN DAN BORANGĀ 

Be the first to comment

Leave a Reply