Iklan Ambilan Latihan Separa Perubatan Julai 2017

Info Ringkas Latihan Separa Perubatan

Info ringkas ini penting untuk para calon mendapat gambaran sebenar tentang Latihan Separa Perubatan. Ia merupakan program yang ditawarkan oleh pihak SPA khasnya kepada lulusan SPM yang berusia antara 17 hingga 25 tahun.

Untuk pengetahuan calon, terdapat 13 latihan bagi program Latihan bertaraf Diploma dan Sijil.  Antaranya Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Juru X-Ray.

Jangka masa bagi program ini adalah selama 3 tahun untuk peringkat diploma dan 2 tahun bagi peringkat sijil.

Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan,asrama dan beberapa kemudahan lain.

Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani sesi ujian bagi penempatan di sektor awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Peluang Kerjaya Sektor Awam

Pengambilan calon untuk Latihan Separa Perubatan dijalankan sebanyak 2 kali sepanjang tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai.

Calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk menjalani peperiksaan online dan temuduga bagi pemilihan calon yang benar-benar berkelayakan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan. Calon yang layak akan
dipanggil melapor diri dan menjalani latihan di kolej kejururawatan di seluruh Malaysia

Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani sesi ujian sebelum diserap sebagai penjawat awam dibawah
Kementerian Kesihatan Malaysia dan bakal berkhidmat di hospital kerajaan atau klinik-klinik kerajaan.

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Kementerian Kesihatan juga ada menawarkan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada pelatih.

Setelah berkhidmat selama 5 tahun dengan kerajaan pelatih boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan.

Separa Perubatan Terkini

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengumumkan ambilan Separa Perubatan U29 untuk sesi Julai 2017. Oleh itu, individu yang berminat untuk menjalani Latihan Separa Perubatan Ambilan Julai 2017 perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SPA.

Ciri-ciri kepribadian yang dicari adalah seperti berikut :

i)    Mempunyai keterampilan yang baik
ii)   Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
iii) Mempunyai bakat kepimpinan
iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
v)  Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Latihan Separa Perubatan terbahagi kepada dua. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (1262 kekosongan) dan Sijil (173 kekosongan). Latihan Separa Perubatan ini adalah terbuka untuk lepasan SPM yang berumur 17-25 tahun.

>> Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 
Jururawat
Penolong Pegawai Perubatan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Juruteknologi Makmal Perubatan
Juru X-Ray
Jururawat (PSL)
Jurupulih Perubatan (Anggota)
Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Penolong Pegawai Farmasi

>> Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
– Pembantu Pembedahan Pergigian
Pembantu Kesihatan Awam

  • Sila klik pada jawatan-jawatan tersebut untuk mendapat maklumat lanjut tentang deskripsi tugas dan gaji.

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat  dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.

SPA akan melaksanakan urusan pengambilan pelatih Separa Perubatan bertaraf sijil dan Diploma di Kementerian
Kesihatan Malaysia. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

CARA UNTUK MEMOHON ONLINE DI SPA8i
================================================
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Julai 2017 (Ahad) jam 11.59 malam

Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :
1) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui

Apa yang perlu anda lakukan selepas daftar online SPA8i

Pihak SPA akan menapis permohonan anda. Kemudian SPA akan mengeluarkan notis kepada calon-calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan Sesi Julai 2017.

Sila pastikan anda menggunakan email yang aktif semasa mendaftar. Ini kerana slip peperiksaan akan  dihantar melalui email. Anda akan menerima maklumat tentang tarikh dan masa peperiksaan online Separa Perubatan akan diadakan.

Format Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

Seperti tahun-tahun yang sudah, format peperiksaan Online Separa Perubatan hanya mempunyai satu sahaja seksyen iaitu Pengetahuan Am.

Anda dinasihatkan untuk mengumpul segala info dan maklumat sebanyak mungkin yang berkaitan dengan Separa Perubatan dan pecahan-pecahan program yang terdapat didalamnya.

Selain daripada itu anda juga perlu cakna tentang isu kesihatan, kesukanan, sains dan alam sekitar.

Untuk membantu anda melakukan persediaan untuk menjalani Peperiksaan Online Separa Perubatan, pihak kami ada menyediakan nota percuma Separa Perubatan untuk rujukan pantas anda.

Jika anda betul-betul serius untuk menghadapi Peperiksaan Online Separa Perubatan ini boleh tinggalkan nama dan email anda untuk menerima ebook percuma.



Be the first to comment

Leave a Reply