Cara Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA

Selain daripada persediaan mental dan fizikal untuk menjawab soalan Peperiksaan Online SPA, calon juga hendaklah memastikan komputer/laptop dan capaian internet berada dalam kesiapsiagaan yang mantap.

Diharapkan panduan ringkas ini dapat membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Antara faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet adalah seperti berikut:

capaian

1. Virus, Malware, Spyware

Ini merupakan faktor utama komputer anda menjadi slow dan lambat. Apabila sistem operasi komputer anda dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet dan lagging.

Solusi : Guna antivirus yang diyakini selamat. Jika anda mahukan antivirus percuma, kami cadangkan AVG 2017.  Scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

Untuk malware pula, anda boleh juga menggunakan perisian percuma antimalware : Malwarebytes

Lakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan komputer /laptop anda berada dalam keadaan baik.

2. Browser /Extension (addon dan plugin terlalu banyak)

Kami faham jika browser anda terdapat pelbagai addon dan extension untuk kegunaan anda seharian. Samaada untuk melayari facebook, lazada dan youtube. Plugin atau add on yang tidak official kemungkinan besar adalah spyware. Ini boleh merencatkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Solusi : Anda boleh clearkan cache, cookies dan history untuk menjadikan browser anda lebih ringan atau menggunakan tetapan default setting bagi browser masing masing.

Google Chrome
i. Buka Chrome anda dan letakkan alamat ini “chrome://settings/clearBrowserData” di bahagian url (Sila buang “”)

ii. Sila klik Clear Browsing Data. Seperti gambar di bawah.

Firefox
i. Sila ke bahagian menu dan Preferences

ii. Pilih Advance dan klik butang Clear Now

 

2015-04-06-17-02-26-01bc6fPenggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

 

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.

Solusi : Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum  menduduki Peperiksaan Online SPA. Anda  juga boleh melanggan UMobile Unlimited P78 untuk mendapatkan internet unlimited.

Kami syorkan  gunakan capaian internet UniFi atau Streamyx dari TM untuk menjawab Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang  ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Solusi: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian  internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Khas untuk Sistem Operasi  Window, Window Update dan Update Perisian kebanyakannya autoupdate. Ini akan menyebabkan ganguan terhadap prestasi kelajuan capaian internet anda.

Solusi : Gunakan msconfig/System Configuration Utility untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut

Diharapkan perkongsian tips ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada anda tentang bagaimana untuk menjaga komputer dan sistem operasi dalam menjawab Soalan Peperiksaan Online SPA.

Be the first to comment

Leave a Reply