8 Kesilapan KRITIKAL Semasa Temuduga | Jawapan yang NEGATIF

Kesilapan #1 : Jawapan Yang Negatif

Soalan ini adalah soalan ‘perangkap’ oleh penemuduga. Calon hendaklah berhati-hati ketika menjawab soalan ini.
  •  Kenapa anda mahu bertukar kerja?
  •  Kenapa anda bertukar kerja?
  •  Kenapa anda anda selalu bertukar kerja?
Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pekerjaan anda.
Percayalah, kebiasaannya jawapan yang diberikan oleh calon adalah yang negatif mengenai majikan lama seperti;
– Majikan tak profesional
– Masalah pengurusan majikan lama
– Masalah gaji kerja lama
– Masalah suasana kerja yang tak kondusif
… masalah bla bla bla bla… tempat kerja lama
Ya lah, kalau tak ada masalah takkan calon tersebut mencari kerja baru kan?
Yang lebih ‘bijak’ (baca kurang), calon akan menambah ayat ini selepas perkataan negatif mengenai tempat kerja lama diatas;
>>> Tapi saya yakin Syarikat Tuan lebih baik dari tempat kerja lama saya
Adakah anda rasa pernyataan seperti itu akan membuatkan penemuduga (bakal majikan baru) gembira dengan anda? Mungkin ya, tetapi besar kemungkinan penemuduga akan membuat nota tambahan pada resume anda dengan

5 HURUF ini; G.A.G.A.L


Kenapa?

– Adakah anda boleh menjaga nama baik syarikat?
– Masalah kurang ‘profesional’ pada sikap
– Peribadi anda menjadi satu persoalan
… dan mungkin lebih teruk lagi, penemuduga akan menghubungi syarikat lama anda untuk mendapat lebih maklumat mengenai anda.. HABIS!
Berhati-hati semasa menjawab soalan sebegini, berikan respons yang POSITIF tanpa memburukkan majikan lama.Walaupun majikan lama anda memang tidak profesional, menjaga aib manusia adalah lebih baik.
Adalah lebih baik jika anda menonjolkan kekuatan anda seperti “Saya mahu meneroka cabaran baru” atau yang seumpama dengannya.
Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda =)

Be the first to comment

Leave a Reply