8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga | Cuti dan Handphone

Kesilapan #2 : Bertanya mengenai Cuti Tahunan/Cuti Sakit

Ya, semua soalan berkaitan cuti. Adalah menjadi satu kesilapan jika apabila
diberi peluang untuk anda bertanya, anda memilih untuk bertanya berkaitan cuti.
Tahukah anda, soalan berkaitan cuti ini akan memberikan persepsi yang negatif kepadaanda di mata penemuduga.
Belum menjawat jawatan lagi anda sudah bertanya mengenai cuti. Bukankah ianya memberikan gambaran;
“Owh.. dia ni ‘kaki’ cuti ni..”
Isu cuti ini adalah hak anda dan anda berhak untuk tahu dan lebih manis jika
anda bertanya berkaitan isu ini apabila anda sudah dipanggil melapor diri/berjaya temuduga
Kami syorkan anda simpan soalan tersebut terlebih dahulu

Kesilapan #3 : Tidak Mematikan Handphone ketika Sesi Temuduga

Telefon bimbit. Sama ada telefon itu berbunyi atau ‘vibrate’, kedua-duanya bakal mengganggu penemuduga.
Lebih teruk anda mengambil keputusan untuk mengeluarkan telefon tersebut dan melihat’siapa pemanggil’ itu (walaupun anda tidak menjawab panggilan tersebut)
Lebih nazak lagi apabila anda meminta izin untuk menjawab telefon tersebut dari penemuduga.
Jangan ketawa! Hal ini berlaku dan biasa berlaku. Jangan biarkan ianya berlaku
kepada anda
Kami syorkan, MATIKAN terus telefon tersebut dan nantinya selepas temuduga hidupkan semula.
Rasanya kesilapan #2 dan #3 ini terlalu asas, tetapi ramai yang alpa mengenainya.
Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda =)
Jumpa esok!

Be the first to comment

Leave a Reply