8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga – Bahagian 6

Kesilapan #7
+++++++++++++++

“Perkataan UNIVERSAL”

Perkataan Universal ini adalah perkataan
yang membawa maksud menyeluruh atau skop
besar (umum)

Contohnya;

– Semua
– Tiada langsung
– Keseluruhan
– Setiap perkara/orang/tugas
– Tidak pernah

Penggunaan perkataan ini akan mengundang
soalan berbentuk ‘tekanan’ daripada
penemuduga

—————————————–
Ayat anda & ‘Libas balik’ penemuduga’
—————————————–

[Anda]
SEMUA orang yakin yang saya bijak dalam
mengurus masa

[Penemuduga]
SEMUA? tak pernah dalam dunia 100% orang
yakin dalam sesuatu perkara, dalam apa pun
situasi. Anda tak berpijak di bumi yang nyata.
Kalau benar ‘statement’ itu, bagaimana
awak tahu ‘SEMUA ORANG’? Awak tanya setiap
orang?

—-

[Anda]
Saya TIDAK PERNAH melakukan kesilapan

[Penemuduga]
Takkan awak tak boleh langsung ingat kesilapan
awak walaupun kecil sepanjang awak hidup? Pekerja
yang bagus adalah yang boleh terima hakikat dia
ada kesalahan dan sanggup berubah.. atau awak
terlalu sempurna..hmmmm

Uishh kalau ini berlaku, anda bakal
mengubah ‘rentak’ keseluruhan sesi
temuduga. KENAPA?

>> Anda telah mengubah persepsi penemuduga
>> Anda mungkin terkedu
>> Keyakinan anda mungkin hilang

==============
TUGASAN
==============

Kita kadang perlu ayat tersebut, tapi
bagaimana cara yang lebih ‘selamat’
untuk menggunakan ayat tersebut?

Ok, ini tugasan anda. Komen entri ini
Ubah ayat anda kepada skop yang lebih
kecil.

– Semua –> KEBANYAKAN

– Tiada langsung –> ??

– Keseluruhan –> ??

– Setiap perkara/orang/tugas –> ??

– Tidak pernah –> ??

Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda =)

Be the first to comment

Leave a Reply