8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga – Bahagian 3

Kesilapan #4

Di mana anda 5 tahun lagi

Anda akan lihat kadang akan berlaku
sesi ‘perangkap’ di sini oleh penemuduga.

Mereka MUNGKIN akan bertanya soalan ini
dalam keadaan tersenyum/ketawa kecil atau
ringkasnya mereka akan bertanya dan
membuatkan anda berasa soalan ini tidak
begitu serius.

Anda harus sedar yang soalan ini adalah
SOALAN SERIUS yang akan menilai bagaimana
corak pemikiran anda

 

Soalan ini secara ringkasnya akan menilai
sama ada anda mempunyai wawasan atau tidak

Anda mempunyai perancangan atau tidak

Anda mempunyai keyakinan diri atau tidak

Anda jelas dengan halatuju kerjaya anda
atau tidak

Ahah! Bagaimana? Kesilapan KRITIKAL calon
semasa menjawab soalan ini adalah bercakap
sambil lewa dan tidak serius atau kurang serius

Untuk soalan ini anda harus menjawab dengan
YAKIN dan JELAS.

YAKIN = huraian dengan mimik muka yang serius

JELAS = tidak teragak-agak, ayat yang lancar

Sedikit tip: Sediakan ‘skrip’ khas untuk soalan
ini ya. Pasti anda akan berterima kasih dengan tip
ini 🙂

Jumpa esok!

Be the first to comment

Leave a Reply