200 Ribu Siswazah Masih Menggangur, Salah Siapa?

Dalam artikel berita Utusan bertarikh 3 Oktober, 200 Ribu Siswazah Masih Menggangur, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata seramai 200 ribu siswazah yang masih menggangur selepas tamat pengajian di universiti.

Angka yang besar ini amat membimbangkan kerana ini tidak termasuk lagi bakal siswazah yang akan menghabiskan pengajian pada tahun ini. Menurut beliau lagi antara punca masalah pengangguran ini adalah apabila  kerajaan pada 2013 meningkatkan umur bersara menyebabkan pihak swasta tidak dapat mengambil pekerja baru untuk menggantikan mereka yang sepatutnya sudah pencen. Pihak swasta juga menghadapi masalah untuk mengambil pekerja baru kerana ekonomi yang tidak menentu

Ini diburukkan lagi dengan langkah kerajaan yang tidak melakukan pengambilan penjawat awam baru yang menutup peluang kira-kira 13 ribu hingga 15 ribu pekerjaan di sektor awam. Antara faktor pengganguran menurut Datuk Shamsuddin adalah kerana siswazah lemah dalam bahasa Inggeris dan penampilan yang tidak menarik.

“Kebanyakan siswazah terlibat adalah terdiri daripada mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan datang dari kampung yang mungkin penampilan mereka itu agak kurang daripada mereka yang datang daripada keluarga dari bandar atau sebagainya. –

Gagal Mencari Kerja Kerana asal Kampung ?

Disini admin ingin menyatakan kurang bersetuju dengan pendapat beliau yang menyatakan penampilan siswazah dari kampung kurang menarik dan tidak dapat diterima bekerja. Orang kampung bukan macam zaman dulu, sekarang informasi hanya di hujung jari. Ibu bapa di kampung pun sudah pandai wassap dan facebook. Mudah sahaja untuk mencari maklumat tentang panduan temuduga swasta dan kerajaan.
Jadi hanya kerana dia dari kampung tidak semestinya dia berpakaian kurang menarik dan istilah mudah “selekeh”. Admin pun kurang pasti apakah maksud beliau berpakaian kurang menarik adakah dimaksudkan dengan memakai tudung dan baju kurung untuk menghadiri temuduga. Hanya beliau yang dapat menjawab.

MUET Tidak Berkesan ?

Walaubagaimanapun, isu pengganguran dikalangan siswazah perlu dipandang serius oleh semua pihak. Ini termasuklah pihak kerajaan dan universiti. Terutama sekali dalam isu graduan lemah bahasa Inggeris, walaupun setiap pelajar dimestikan mengambil  Peperiksaan MUET dengan mendapat BAND 2-4 untuk mengambil jurusan mereka, masalah lemah bahasa Inggeris masih ada.
 Adakah MUET tidak berkesan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar ? Adakah MUET sekadar untuk dapat sambung belajar. Nampaknya MUET tidak berkesan untuk para siswazah menguasai bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris perlu digunakan sentiasa untuk menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi.  Kalau kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan boleh menganjurkan Hari Sukan Malaysia kenapa tidak boleh menganjurkan Hari Komunikasi dalam Bahasa Inggeris atau ‘English Day’ dalam sebulan. ini perlu dianjurkan peringkat nasional untuk membuang rasa kekok dan malu pelajar, graduan dan masyarakat umumnya.
Antara faktor utama lain yang menyebabkan pengagguran graduan adalah tiada kemahiran insaniah atau “soft skills”. Ini merupakan antara sebab ramai calon temuduga yang gagal temuduga walaupun mempunyai CGPA yang baik. Perlu diingat, CGPA yang tinggi bukan menjamin jawatan di masa hadapan. Banyak faktor lain yang perlu di ambil berat. Menurut Rahsia Bijak Temuduga, CGPA tidak mampu mengukur potensi sebenar seseorang. CGPA juga tidak mampu memberitahu kepada temuduga ketahanan mental anda berhadapan dengan stress kerja.

iCGPA dan Holistik

Rungutan majikan tentang kelemahan graduan yang kurang mempunyai soft skills walaupun CGPA yang tinggi telah menyebabkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan bakal memperkenalkan Integrated Cumulative Grade Point Average (ICGPA). Integrated CGPA ini merupakan langkah di bawah Malaysia Education Blue Print dimana CGPA akan turut mengambil kira kebolehan seperti kepimpinan, etika, sukarelawan dan sumbangan pada masyarakat.
iCGPAiCGPA ini akan menjalani pringkat perintis di 5 Universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) melibatkan 300 pelajar bagi kemasukan September 2015.

Langkah ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing di masa hadapan. Namun demikian persediaan untuk menghadapi temuduga dan persediaan resume juga harus dititikberatkan oleh graduan. Ini kerana persaingan dalam mencari kerja adalah sengit di sektor swasta atau pun sektor awam. Mengikut statistik urusan pengambilan penjawat awam pada tahun 2014, seramai 54,700 pelantikan daripada 1,605,245 permohonan. Hanya 3.4 % sahaja calon yang dilantik. Di sektor swasta pula, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu banyak syarikat yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

aspa

Sikap Entrepreneur

Graduan perlu bersedia untuk bersaing dalam mencari pekerjaan. Ilmu tentang cara-cara membuat resume mantap dan cara menjawab soalan-soalan killer dari panel penemuduga harus dipertingkatkan.

Semoga graduan dan bakal graduan dapat memupuk sikap untuk berusaha memajukan diri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan dan orang lain. Semaikan sikap entrepreneur dalam diri dan cipta peluang pekerjaan untuk diri dan orang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply